TERBARU BULAN INI !!!

TERBARU BULAN INI !!!
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Promosi

Promosi
Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Promosi

Promosi
Klik paada gambar untuk maklumat lanjut.

Promosi



Selasa, Oktober 07, 2008

Ada Apa Dengan Tarikh Lahir?

Bila bercakap tentang tarikh lahir, pasti ramai akan merasa gembira.
Apakan tidak.
Pasti ada orang akan mengucap

"Selamat Hari Lahir"
"Selamat Hari Jadi!"
"Happy Birthday to You..."
"Semoga Panjang Umur..."
"Moga Tuhan Murahkan Rezeki."
"Ha! Dah tua setahun pun kamu!"
"Ini Hadiah Hari Jadi special untuk Kamu."

Dan banyak lagi la...

Tapi...
Cuba tanya diri sendiri dulu.

Pertama
Masa mula-mula buka mata di pagi hari apa yang sudah dibuat?
Baik atau buruk?

Kedua
Lepas bangun tu, apa yang akan dilakukan?
Kebaikan atau keburukan?

Ketiga
Ketika sedang menjamu selera.
Apa yang sedang dimakan?
Halal atau haram atau syubhah?

Keempat
Melangkah ke tempat yang ingin ditunaikan urusan.
Apa yang sedang dilakukan?
Perbuatan mahmudah atau mazmumah?

Kelima
Ketika disapa kawan.
Apa yang akan ditutur?
Umpat atau maki hamun atau keji atau kebaikan?

Keenam
Sedang melakukan kewajipan harian.
Adakah dalam keadaan khusyuk atau was-was atau lalai?

Ketujuh
Sepasang tangan menghulurkan hadiah atau ganjaran.
Perlukah ia diambil atau diambil atas niat apa atau apa ucapan yang bakal dikatakan nanti?

Kelapan
Ketika bersantai rehat.
Apa yang dimenung dan ditenung?
Bermeditasi atau bersenam atau sekadar membuang masa?

Kesembilan
Semua urusan harian ingin ditinggalkan.
Apa yang sedang bermain di fikiran / hati?
Adakah semua kewajipan sudah ditunaikan?

Kesepuluh
Sebelum mata kembali dipejamkan.
Apa yang ingin dilakukan?
Berdoakah atau tidak melakukan sesuatu apa pun atau bermuhasabah?

Namun, apa sahaja yang tercatit di sini hanyalah sebahagian peringatan yang semestinya dilakukan.

Kenapa semua ini perlu diingatkan pada tarikh hari lahir?

Kerana ini hari permulaan anda.
Kerana usia telah bertambah setahun.
Kerana fikiran pasti sudah meningkat matang.
Kerana pengalam semakin bertambah.
Kerana Anda Mampu Mengubahnya...