

Jumaat, Oktober 02, 2009
Dicatat oleh Say... di 12:50:00 PG
Isnin, September 28, 2009
Pantun Lebaran
Lebaran kini hangat terasa,
Disambut ceria muda dan tua,
Andai diri terkasar bahasa,
Maaf dipohon dari semua.
Dicatat oleh Say... di 10:15:00 PTG
Rabu, September 16, 2009
Salam Lebaran
Dicatat oleh Say... di 11:00:00 PTG
Jumaat, Ogos 21, 2009
Selasa, Ogos 11, 2009
Jumaat, Julai 24, 2009
Al-Quran Yang Terpelihara.






Tetapi masih ada yang terpelihara di situ.
Api yang marak takut untuk menyentuh ayat-ayat Al-Quran itu.
Gurauan:
Dicatat oleh Say... di 12:05:00 PG
Rabu, Julai 22, 2009
Selasa, Julai 21, 2009
Beginilah Cara Berhemah Berdakwah Pada Yang Bukan Islam
Buat ibu bapa kepada Mendiang Teoh Beng Hock
d/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21,
Bangunan SSAAS 40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Warkah Takziah
Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.
Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah.
Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.
Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan.
Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.
Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah.
Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja yang perlu dilantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan, Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini.
Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya.
Dari siasatan suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, "mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi" tidak boleh diterima.
Saya berharap, jangan ada satu pun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.
Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.
Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong" [on the day when men�s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper."] (maksud Surah Ath Thaariq: Ayat 9 dan 10).
Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1430
20 Julai 2009
Dicatat oleh Say... di 1:13:00 PG
Isnin, Julai 20, 2009
Selasa, Julai 14, 2009
Surat Cinta Yang Tak Terbalas - Surat Debat Tok Guru Kepada PM
-Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Assalamualaikum WM WB.
Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.
YAB Dato Seri,
Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam
Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.
Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).
Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.
Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.
Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.
Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).
Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.
Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?
Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.
Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan
Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.
Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.
Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.
Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Dicatat oleh Say... di 12:53:00 PG
Jumaat, Jun 26, 2009
Selasa, Jun 23, 2009
Kata-Kata Cinta Pelbagai Bahasa
1. English - I love you
2. Afrika - Ek het jou life
3. Albania - Te dua
4. Arab - Ana behibak (to male)
5. Arab- Ana behibek (to female)
6. Armenia - Yes kez sirumen
7. Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
8. Bulgaria - Obicham te
9. Kemboja - Soro lahn nhee ah
10. Cina Kantonis - Ngo oiy ney a
11. Croatia - Volim te
12. Czechoslovakia - Miluji te
13. Denmark - Jeg Elsker Dig
14. Belanda - I hou van jou
15. Ethiopia - Afgreki'
16. Iraq - Doset daram
17. Filipina - Mahal Kita
18. Finland - Mina rakastan sinua
19. Perancis - Je t'aime, Je t'adore
20. Jerman - Ich liebe dich
21. Greece - S'agapo
22. Gujarati - Hu tane prem karoo chhoo
23. Hawaii - Aloha wau IA OI
24. Hebrew - Ani ohev otah (to female)
25. Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
26 Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
27 Hungari - Szeretlek
28 Iceland - E.g. Elska tig
29 Indonesia - Saya cinta padamu
30 Irish - Taim I ngra leat
31 Itali - It amo
32 Japun - Aishiteru
33 Kanada - Naanu ninna preetisuttene
34 Korea - Sarang Heyo
35 Latin - Te amo
36. Latvia - Es tevi miilu
37. Lubnan - Bahibak
38. Lithuania - Tave myliu
39. Melayu - Aku cinta padamu
40. Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
41. Mandarin - Wo Ai ni
42. Morocco - Ana moajaba bik
43. Norway - Jeg Elsker Deg
44. Latin - Iay ovlay ouyay
45. Poland- Kocham Ciebie
46. Portugis - Eu te amo
47. Romania - Te ubesk
48. Russia - Ya tebya liubliu
49. Scotland
50. Serbia - Volim te
51. Slovakia - Lu`bim at
52. Spanyol - Te quiero / Te amo
53. Swahili - Ninapenda wewe
54. Sweden - Jag alskar dig
55. Tagalog - Mahal Kita
56. Taiwan - Wa Ga ei li
57. Tahiti- Ua Here Vau Ia Oe
58. Tamil - Nan unnai kathalikaraen
59. Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
60. Thailand - Chan rak khun (to male)
61. Thailand - Phom rak khun (to female)
62. Turkey - Seni Seviyorum
63. Ukrain - Ya tebe kahayu
64. Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
65. Vietnam - Anh ye^u em (to female)
66. Vietnam - Em ye^u anh (to male)
67. Welsh - 'Rwy'n dy garu
Dicatat oleh Say... di 9:12:00 PTG
Isnin, Jun 22, 2009
4 Sama Dengan 5?...
-20 = -20
16 - 36 = 25 - 45
(4)2 - (9 x 4) = (5)2 - 9 x 5
(4)2 - (9 x 4) + (81 / 4) = (5)2 - 9 x 5 + (81 / 4)
[4 - (9 / 2)]2 = [5 - (9 / 2)]2
[4 - (9 /2)] = [5 - (9 / 2)]
4 = 5 - (9 / 2) + (9 / 2)
4 = 5
???...
[yang berwarna kuning adalah gandaan dua - kuasa dua]
Dicatat oleh Say... di 9:40:00 PTG
Khamis, Jun 18, 2009
Empat Sama Dengan Tiga?...
a + b = c
(4a - 3a) + (4b - 3b) = (4c - 3c)
4a - 3a + 4b - 3b = 4c - 3c
(Tiga rumus di atas membawa hasil yang sama)
4a - 3a + 4b - 3b = 4c - 3c
(Ubah kedudukan di atas tapi masih juga memberi jawapan yang sama - rumus tetap membawa hasil yang sama)
4a + 4b - 4c = 3a + 3b - 3c
4(a + b - c) = 3(a + b - c)
4 = 3(a + b - c) / (a + b - c)
4 = 3(1)
4 = 3
???...
Dicatat oleh Say... di 6:37:00 PTG
Selasa, Jun 16, 2009
Isnin, Jun 15, 2009
Dua Ialah Satu
a = b
a x b = b x b
ab = b2
ab – (a x a) = b2 – (a x a)
ab – a2 = b2 – a2
a(a – b) = (a + b) (a - b)
a = (a + b) (a - b) / (a - b)
a = (a + b) (1)
a = a + b
a + b = a
b = a - a
b = 0
[ yang berwarna kuning di atas adalah gandaan (gandaan dua)]
Jadi, a = 0, (sebab b = 0) dan a = b)
Oleh itu, a + b = b (kerana 0 + b = b)
Lagi, jika a = b dan a + b = b,
maka tidak salah saya gantikan a dengan b menjadi
b + b = b
Apabila b + b maka 2b
b + b = b
2b = b
2 = b/b
2 = 1
???
Dicatat oleh Say... di 5:58:00 PTG
Rabu, Jun 10, 2009
Konflik Dalam Merumus.
RM1.00
= 100 sen
= (10)2 sen
= (RM0.10)2 sen
= (RM0.01) sen
= 1 sen
= ???
[ yang berwarna kuning di atas adalah gandaan (gandaan dua)]
Inikah nilainya wang yang digilai ramai?...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(sebenarnya masih ada kesalahan dalam pengiraan di atas)
;-p
Dicatat oleh Say... di 6:27:00 PTG
Selasa, Jun 09, 2009
Nombor Itu Ajaib. Siapa yang MEMBUATNYA?
Cubalah sesuatu yang menakjubkan ini.
- pilih satu angka daripada 1 hingga 9
- simpan nombor ini betul-betul dalam ingatan
- lepas itu darabkan dengan 3
- jawapan kepada hasil darab tadi ditambah dengan 3
- kemudian jawapan tadi didarab sekali lago dengan 3
- pasti anda akan mendapat nombor dua digit
- tambahkan pula digit pertama dengan digit kedua
- cubalah tengok apa jawapannya.
- yang peliknya, cuba pula memilih nombor lain dan mulakan dari awal.
- renungkan jawapannya.
Ini hanya satu. ada banyak lagi yang ajaib.
Dicatat oleh Say... di 12:44:00 PG
Khamis, Jun 04, 2009
Pesanan 'ABI'.
Ambil berat tentang semua perkara berikut:
- Ilmu
- Usrah
- Amalan
- Amal Fardi
- Tahajjud
- Al-Quran
- Mathurat
- Solat Dhuha
- Solat Witir
- Ukhuwah
- Ziarah
-Thiqah
- Wala’
- Taat
- Jihad
- Pengorbanan
- Cinta Allah & Rasul
- Mati
- Akhirat
- Makhamah Rabbul Jalil
- Syurga
Dicatat oleh Say... di 7:07:00 PTG
Khamis, Mei 28, 2009
Kenapa Jadi Macam Ni?... BAHAYA!
Dicatat oleh Say... di 5:13:00 PTG
Selasa, Mei 19, 2009
Doa (Daripada Maxis)
Mesej ini dihantar oleh Maxis ke telefon bimbit beberapa lama dulu.
----------------------------------------------------------------
Ya Allah.
Bersihkan diriku daripada kehinaan.
Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan.
Berilah kemampuan kepada aku untuk bertaqwa.
Dicatat oleh Say... di 6:39:00 PTG
Isnin, Mei 04, 2009
Rintihan
Dicatat oleh Say... di 5:54:00 PTG
Saling Berpaut
Perjuangan perlukan pengorbanan,
Pengorbanan perlukan ketabahan,
Ketabahan perlukan keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan terus memberi kebahagiaan.
Dicatat oleh Say... di 1:08:00 PG
Isnin, April 27, 2009
Seruan Dari Sahabat.
Firman :
'Dan berangkatlah kamu sama ada dalam keadaan ringan mahupun berat dan berjihadlah dengan harta benda kamu serta jiwa raga kamu pada jalan ALLAH S.W.T.' (At-Taubah-ayat 41)
Ranungan :
Kekasih pilihan ALLAH S.W.T. dihadiah dengan dugaan.
Dugaan itulah tanda kasih dan sayang ALLAH S.W.T.
Kerana Dia tidak mahu dan membiarkan saja kekasih-Nya terlena dengan dakapan kelazatan yang melimpah ruah.
Maka dihidangkan keperitan susah dan payah yang tak kunjung sudahnya.
Moga kekasih-Nya selalu ingat akan-Nya dan sentiasa dekat pada-Nya sentiasa.
Dan bakal bertemu dengan-Nya dalam bahagia di syurga abadi akhirnya...
Dicatat oleh Say... di 7:35:00 PTG
Isnin, Februari 23, 2009
Isnin, Februari 09, 2009
CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR
kena baca....pjg skit...
peringatan buat kita yang masih mempunyai ayah danibu...
hargailah mereka sebaiknya sebelum kita terlambat... ..
sebelum mereka pergi meninggalkan kita...
atau kita pergimeninggalkan mereka... wallahua'lam. ...
CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .
Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm.
Apa yang aku tuliskansini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagimeninggalkan mak yang kesorangan.Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terusmenangis.Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimahsyahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelingakanannya.... . ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masihterbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semogaroh abahditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abahlebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.
Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah2005.Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak makberjalan.Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.Pastu...abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abahdan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payahambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat officejer.Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kadpengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat ataumengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abahmasa tu.
Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mataBadan tidak bergoyang walau seinci.
Abah cuma nak baring.Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali.... naik van jenazah,pertama kali.... buat sijil kematian,Pertama kali.... tak tidur 2 hari,
Pertama kali... asyik menangis,
Pertama kali.... menimbus kubur,Pertama kali.... menjirus air mawar,semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.
Ciuman ini adalahciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dahbesar sudah lama tidak mencium pipinya.
Ya Allah..tuhan segala alam..aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abahAbah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikandilakukannya.Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepadaabah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... denganabah saya hormat dan memendam kasih saya.....
Lainnya pula denganemak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha.Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bilaaku beli kereta.
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satriahijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya.Sekali tujam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abahcatatberkenaan anaknya.Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok.dll.......Abah catat Kak Se keguguran... ..Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semuabila baca dairi tue....Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu jugadengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaananak-anaknya sahaja.
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup slalu cakappasal anaknye.Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada anak macam korang".Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku slalu fikir...aku...bukan anak yang baik.Abah memang suka tulis.
Kalau fail atau dokumen pasal kereta,rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku notakuliah subuh abah yang terbaru.....catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingatkubur"abah gariskan perkataan ingat kubur....dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untukmeninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan apineraka.Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidursama.
Kini semuanya tiada.YaALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpaAbah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasiabah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yangbaru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakanuntuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masihtak cukup tanah.""abah kamu wajahnya tersenyum saja walau pun dah meninggal""Abah kamu waktu dimandikan dah bersih... kotor najis pun takder"...perkara itulah menyedapkan hati kami....untuk jadi seperti abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari.Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turutmenangis...."Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampungwalau kerja apa sekali pun....
YaAllah...sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar..."Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamubahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"dan,kita yang hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya. ...suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma...aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerjasetelah terlupa dgn nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diritakut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang.
Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan...
Dicatat oleh Say... di 6:43:00 PTG
Selasa, Januari 20, 2009



Making sure they get to school.

Helping Ladies across the street..
Providing childcare


Dicatat oleh Say... di 11:47:00 PTG
Isnin, Januari 19, 2009
AWAS !!!
Sekarang Kristian sedang aktif di SEREMBAN & SELANGOR.
Kian PESAT ke negeri LAIN.
1900 orang PADERI MELAYU yang baru tiba dari Singapora berada di area sini.
Selain itu,
BERHATI-HATI dengan AIR MINERAL :
1) AL-BARAMKAH
2) AL-MAN
BERJAGA-JAGALAH...
Dicatat oleh Say... di 6:56:00 PTG
Khamis, Januari 15, 2009
Sampaikan...
Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh umat Islam membaca :
SURAH AL-FATH (AYAT 26 & 27)
SURAH YUNUS (AYAT 85 - 88)
serta berdoa dengan :
DOA QUNUT NAZILAH
dan apa-apa munajat kepada ALLAH yang lain dan dihadiahkan kepada saudara kita di PALESTIN khususnya.
Semoga Islam terbela dan Yahudi-Zionis hancur sehancurnya.
AMIN.
Dicatat oleh Say... di 11:25:00 PTG
Isnin, Januari 05, 2009
Khamis, Januari 01, 2009
URGENT !!!

Dicatat oleh Say... di 2:44:00 PG