TERBARU BULAN INI !!!

TERBARU BULAN INI !!!
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Promosi

Promosi
Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Promosi

Promosi
Klik paada gambar untuk maklumat lanjut.

Promosi



Khamis, Februari 14, 2008

PERGANTUNGAN DALAM HIDUP

Ertinya:
Wahai Tuhan kami, janganlah engkau cabut iman kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami dan berilah kami rahmat yang ada di sisi-Mu sesungguhnya Engkau sangat banyak memberi.

Ertinya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab api neraka. Allah memberi rahmat kepada penghulu kami Muhammad dan ke atas ahlinya dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah tuhan seru semua alam.

Ertinya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.

Ertinya:
Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.

Ertinya :
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.

Selasa, Januari 01, 2008

BATU TERLEPAS DARI NERAKA

Pada zaman dahulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan.
Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui pecahan batu itu.
Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata.
"Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!"
Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.
Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu.
Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka.
"Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"


MORAL & IKTIBAR


Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan.
Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia.
Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah.
Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat.
Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan.
Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi.
Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah.
Batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa pula dengan manusia yang diberikan akal.
Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah.
Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

Isnin, Disember 17, 2007

MUSIM KAHWIN

Allah berfirman dalam Surah Al-Furqan ayat 74 maknanya,
"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Seterusnya surah yang sama, ayat 75,
" Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."

-Surah yang pertama itu boleh dijadikan doa yang bagus supaya jodoh yang telah Dia tetapkan itu akan membawa ke syurga.-

Ahad, Disember 09, 2007

Merbahaya Dalan Senyap

BHATI2...BELI BUAH-BUAHAN YANG TELAH SIAP DI POTONG

>Good to know. >

>A 10 year old boy, had eaten pineapple about 15 days back, and fell sick, from the day he had eaten. Later when he had his health check done...

>doctors diagnosed that he had AIDS. His parents couldn't believe it... >Then the entire family under went a check-up... none of them suffered from AIDS.

>So the doctors checked again with the boy if he had eaten out...The boy >said "yes". He had pineapple that evening. Immediately a group from

> Malaya Hospital went to the pineapple vendor to check. They found the >pineapple seller had a cut on his finger while cutting the pineapple,

>his blood had spread into the fruit. When they had his blood >checked...the guy was suffering from AIDS..... but he himself was NOT aware.

Unfortunately the boy is suffering from it now. Please take care

>while you eat on the road side.

Please pass this mail to your dear one.


-From-

> MOHD IZDWAN BIN HOUSSAINI
>Pembantu Tadbir Kewangan W17
>Bahagian Kewangan Penyelidikan
>Jabatan Bendahari
>Universiti Kebangsaan Malaysia
>Faksimili : 03-89214503

Pelik?...


Tiga Sahabat Sejati, Tak Sejiwa

(Posted on: Mar 03, 2002 - 11:01 AM by puteri_khalifah)


Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gongok.
Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya ke rumahnya sempena jamuan kecil-kecilan.
So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura

Setelah asyik berborak, makan, minum and lain-lain...
Si katak berkata : 'Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah habis....... '
(AMARAN! ROKOK ADALAH HARAM DAN MERBAHAYAKAN KESIHATAN)
Kura-kura: 'Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tu!'
Katak: 'apsal aku pulak......kaukan tuan rumah'
Kura-kura: 'Iye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat '
Katak: 'so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....'
Kura-kura: 'Oh iya ya.. ulat gongok tolong pergi kejap'
Ulat Gonggok: 'aiya.....korang ajela'
Katak: 'alah ..pergi saja la kita orang dah undi kau'
Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu
..........
..........
..........
..........
Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.
Katak: 'Ulat gongok pergi mana hah tak sampai-sampai..?'
Kura-kura: 'Iye la .. risau jugak, jom kita cari!'
Katak: 'Jom..!'
Bila jer kura-kura buka pintu...
Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.
Kura-kura: 'Hah tu pun dia..!'
Katak: '...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!'
Ulat Gonggok .: '..apa rokok-rokok...aku jalan pun belom..!!'
Katak: 'Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?'
Ulat Gonggok .: 'Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!'
=perhatian! penggunaan bahasa di atas bukanlah bahasa melayu yang betul. kebanyakannya adalah perkataan pasar dan bahasa bualan harian.=