TERBARU BULAN INI !!!

TERBARU BULAN INI !!!
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Promosi

Promosi
Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Promosi

Promosi
Klik paada gambar untuk maklumat lanjut.

Promosi

Jumaat, Oktober 02, 2009


Isnin, September 28, 2009

Pantun Lebaran

Lebaran kini hangat terasa,
Disambut ceria muda dan tua,
Andai diri terkasar bahasa,
Maaf dipohon dari semua.

Rabu, September 16, 2009

Salam Lebaran

Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi,
.
.
Dalam kemiskinan jiwa
ada kekayaan jiwa,
.
.
Dalam kelembutan lidah
ada ketelanjuran kata.
.
.
Dalam gurau senda
ada yang terasa.
.
.
.
.
Sebagai manusia biasa, salam kemaafan dihulurkan...
Moga diri dimaafi.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan.

Selamat Berpuasa.

Selasa, Ogos 11, 2009

Semua Dijemput Hadir

Jumaat, Julai 24, 2009

Al-Quran Yang Terpelihara.

































Seluruh kawasan terbakar.
Termasuklah kereta yang dilihat di atas.
Tetapi masih ada yang terpelihara di situ.
Al-Quran hanya terbakar pada kulitnya sahaja.
Api yang marak takut untuk menyentuh ayat-ayat Al-Quran itu.
SubhanALLAH.



Gurauan:
Mungkin api tu tak ada wuduk.
Sebab itulah api tak berani sentuh Al-Quran.
Nanti ALLAH murka.

Rabu, Julai 22, 2009

Belilah Barang Buatan Malaysia


















Proton Exora Dari Pelbagai Sudut.
Komen :
- Cantik.
- Rupa yang menarik.
- Nama yang unik. Bukan nama yang biasa seperti yang biasa digunakan sebelum ini.
- Dalaman yang selesa dan unik.

Selasa, Julai 21, 2009

Beginilah Cara Berhemah Berdakwah Pada Yang Bukan Islam

Buat ibu bapa kepada Mendiang Teoh Beng Hock
d/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21,
Bangunan SSAAS 40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah.

Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan.

Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.
Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah.

Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja yang perlu dilantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan, Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini.

Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, "mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi" tidak boleh diterima.
Saya berharap, jangan ada satu pun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong" [on the day when men�s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper."] (maksud Surah Ath Thaariq: Ayat 9 dan 10).

Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1430
20 Julai 2009

Isnin, Julai 20, 2009
















































Selasa, Julai 14, 2009

Surat Cinta Yang Tak Terbalas - Surat Debat Tok Guru Kepada PM

-Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.

Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Jumaat, Jun 26, 2009

Amalkanlah...



Klik pada imaj untuk nelihat dengan lebih jelas.

Selasa, Jun 23, 2009

Kata-Kata Cinta Pelbagai Bahasa

1. English - I love you
2. Afrika - Ek het jou life
3. Albania - Te dua
4. Arab - Ana behibak (to male)
5. Arab- Ana behibek (to female)

6. Armenia - Yes kez sirumen
7. Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
8. Bulgaria - Obicham te
9. Kemboja - Soro lahn nhee ah
10. Cina Kantonis - Ngo oiy ney a


11. Croatia - Volim te
12. Czechoslovakia - Miluji te

13. Denmark - Jeg Elsker Dig
14. Belanda - I hou van jou
15. Ethiopia - Afgreki'


16. Iraq - Doset daram
17. Filipina - Mahal Kita
18. Finland - Mina rakastan sinua
19. Perancis - Je t'aime, Je t'adore
20. Jerman - Ich liebe dich

21. Greece - S'agapo
22. Gujarati - Hu tane prem karoo chhoo
23. Hawaii - Aloha wau IA OI
24. Hebrew - Ani ohev otah (to female)
25. Hebrew - Ani ohev et otha (to male)


26 Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
27 Hungari - Szeretlek
28 Iceland - E.g. Elska tig
29 Indonesia - Saya cinta padamu
30 Irish - Taim I ngra leat

31 Itali - It amo
32 Japun - Aishiteru
33 Kanada - Naanu ninna preetisuttene
34 Korea - Sarang Heyo
35 Latin - Te amo

36. Latvia - Es tevi miilu
37. Lubnan - Bahibak
38. Lithuania - Tave myliu
39. Melayu - Aku cinta padamu
40. Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

41. Mandarin - Wo Ai ni
42. Morocco - Ana moajaba bik
43. Norway - Jeg Elsker Deg
44. Latin - Iay ovlay ouyay
45. Poland- Kocham Ciebie

46. Portugis - Eu te amo
47. Romania - Te ubesk
48. Russia - Ya tebya liubliu
49. Scotland
50. Serbia - Volim te


51. Slovakia - Lu`bim at
52. Spanyol - Te quiero / Te amo
53. Swahili - Ninapenda wewe
54. Sweden - Jag alskar dig
55. Tagalog - Mahal Kita


56. Taiwan - Wa Ga ei li
57. Tahiti- Ua Here Vau Ia Oe
58. Tamil - Nan unnai kathalikaraen
59. Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
60. Thailand - Chan rak khun (to male)

61. Thailand - Phom rak khun (to female)
62. Turkey - Seni Seviyorum
63. Ukrain - Ya tebe kahayu
64. Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
65. Vietnam - Anh ye^u em (to female)

66. Vietnam - Em ye^u anh (to male)
67. Welsh - 'Rwy'n dy garu

Isnin, Jun 22, 2009

4 Sama Dengan 5?...



-20 = -20

16 - 36 = 25 - 45

(4)2 - (9 x 4) = (5)2 - 9 x 5

(4)2 - (9 x 4) + (81 / 4) = (5)2 - 9 x 5 + (81 / 4)

[4 - (9 / 2)]2 = [5 - (9 / 2)]2

[4 - (9 /2)] = [5 - (9 / 2)]

4 = 5 - (9 / 2) + (9 / 2)

4 = 5



???...

[yang berwarna kuning adalah gandaan dua - kuasa dua]

Khamis, Jun 18, 2009

Empat Sama Dengan Tiga?...

a + b = c
(4a - 3a) + (4b - 3b) = (4c - 3c)
4a - 3a + 4b - 3b = 4c - 3c

(Tiga rumus di atas membawa hasil yang sama)

4a - 3a + 4b - 3b = 4c - 3c

(Ubah kedudukan di atas tapi masih juga memberi jawapan yang sama - rumus tetap membawa hasil yang sama)

4a + 4b - 4c = 3a + 3b - 3c

4(a + b - c) = 3(a + b - c)

4 = 3(a + b - c) / (a + b - c)

4 = 3(1)

4 = 3

???...

Selasa, Jun 16, 2009

Ulama' Itu Pewaris Nabi.


Pimpinannya Wajib Diikuti.

Klik pada imaj untuk nelihat dengan lebih jelas.

Isnin, Jun 15, 2009

Dua Ialah Satu

a = b
a x b = b x b
ab = b2
ab – (a x a) = b2 – (a x a)
ab – a2 = b2 – a2
a(a – b) = (a + b) (a - b)
a = (a + b) (a - b) / (a - b)
a = (a + b) (1)
a = a + b
a + b = a
b = a - a
b = 0


[ yang berwarna kuning di atas adalah gandaan (gandaan dua)]

Jadi, a = 0, (sebab b = 0) dan a = b)

Oleh itu, a + b = b (kerana 0 + b = b)

Lagi, jika a = b dan a + b = b,
maka tidak salah saya gantikan a dengan b menjadi

b + b = b

Apabila b + b maka 2b

b + b = b
2b = b
2 = b/b
2 = 1

???

Rabu, Jun 10, 2009

Konflik Dalam Merumus.

RM1.00

= 100 sen
= (10)2 sen
= (RM0.10)2 sen
= (RM0.01) sen
= 1 sen
= ???

[ yang berwarna kuning di atas adalah gandaan (gandaan dua)]


Inikah nilainya wang yang digilai ramai?...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(sebenarnya masih ada kesalahan dalam pengiraan di atas)
;-p

Selasa, Jun 09, 2009

Nombor Itu Ajaib. Siapa yang MEMBUATNYA?

Cubalah sesuatu yang menakjubkan ini.

- pilih satu angka daripada 1 hingga 9
- simpan nombor ini betul-betul dalam ingatan
- lepas itu darabkan dengan 3
- jawapan kepada hasil darab tadi ditambah dengan 3
- kemudian jawapan tadi didarab sekali lago dengan 3
- pasti anda akan mendapat nombor dua digit
- tambahkan pula digit pertama dengan digit kedua
- cubalah tengok apa jawapannya.
- yang peliknya, cuba pula memilih nombor lain dan mulakan dari awal.
- renungkan jawapannya.


Ini hanya satu. ada banyak lagi yang ajaib.

Khamis, Jun 04, 2009

Pesanan 'ABI'.

Ambil berat tentang semua perkara berikut:

- Ilmu

- Usrah

- Amalan

- Amal Fardi

- Tahajjud

- Al-Quran

- Mathurat

- Solat Dhuha

- Solat Witir

- Ukhuwah

- Ziarah

-Thiqah

- Wala’

- Taat

- Jihad

- Pengorbanan

- Cinta Allah & Rasul

- Mati

- Akhirat

- Makhamah Rabbul Jalil

- Syurga

Khamis, Mei 28, 2009

Kenapa Jadi Macam Ni?... BAHAYA!



Ketahuilah SEMBAHYANG itu tiang agama.
Hanya itulah yang membezakan kita dengan NON MUSLIM.
PERTAHANKANLAH.


Selasa, Mei 19, 2009

Doa (Daripada Maxis)

Mesej ini dihantar oleh Maxis ke telefon bimbit beberapa lama dulu.




Baru diletak ke blog ni untuk perkongsian semua...

----------------------------------------------------------------
Ya Allah.
Bersihkan diriku daripada kehinaan.
Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan.
Berilah kemampuan kepada aku untuk bertaqwa.
----------------------------------------------------------------
Ya Allah.
Jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang aku lakukan.
Ampunkan aku.
Lindunglah jalan pulangku.
Janganlah kau jadikan aku sasaran malapetaka.
----------------------------------------------------------------
Nota bawah :
'perjalanan pulangku' boleh membawa beberapa makna.
1) Perjalanan pulang ke kampung atau kediaman.
2) Perjalanan pulang dari yang buruk ke baik. Bukankah asal kita dari baik. Maka apabila rasa telah melakukan kesalahan, pulanglah ke fitrah kita yang baik itu sebelum terlambat.

Isnin, Mei 04, 2009

Rintihan

Lebih indah dari senandung serunai,
Yang bunyinya merdu di kegelapan malam,
Terdengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran,
Alangkah bahagia terasanya,
Kerana ALLAH S.W.T. mendengarinya.
Suara yang merdu membangkitkan keharuan,
Dan air matanya gugur bercucuran,
Pipinya basah,
Dan dahinya sujud menyentuh tanah bergelimpangan dengan debu,
Sedangkan hatinya penuh suci dengaan cinta Ilahi.
Ia berkata,
"Tuhanku, Tuhanku... Ibadaha pada-Mu meringankan deritaku..."
- Rintihan Suci -
- RABIATUL ADAWIYAH -

Saling Berpaut

Hidup penuh perjuangan,
Perjuangan perlukan pengorbanan,
Pengorbanan perlukan ketabahan,
Ketabahan perlukan keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan terus memberi kebahagiaan.

Isnin, April 27, 2009

Seruan Dari Sahabat.

Firman :

'Dan berangkatlah kamu sama ada dalam keadaan ringan mahupun berat dan berjihadlah dengan harta benda kamu serta jiwa raga kamu pada jalan ALLAH S.W.T.' (At-Taubah-ayat 41)

Ranungan :

Kekasih pilihan ALLAH S.W.T. dihadiah dengan dugaan.
Dugaan itulah tanda kasih dan sayang ALLAH S.W.T.
Kerana Dia tidak mahu dan membiarkan saja kekasih-Nya terlena dengan dakapan kelazatan yang melimpah ruah.
Maka dihidangkan keperitan susah dan payah yang tak kunjung sudahnya.
Moga kekasih-Nya selalu ingat akan-Nya dan sentiasa dekat pada-Nya sentiasa.
Dan bakal bertemu dengan-Nya dalam bahagia di syurga abadi akhirnya...

Isnin, Februari 23, 2009

BUSH MENJADI OBAMA.

ADAKAH OBAMA AKAN MENJADI BUSH?...

Isnin, Februari 09, 2009

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

kena baca....pjg skit...



peringatan buat kita yang masih mempunyai ayah danibu...
hargailah mereka sebaiknya sebelum kita terlambat... ..
sebelum mereka pergi meninggalkan kita...
atau kita pergimeninggalkan mereka... wallahua'lam. ...

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .

Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm.
Apa yang aku tuliskansini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagimeninggalkan mak yang kesorangan.Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.

Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terusmenangis.Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimahsyahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelingakanannya.... . ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masihterbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semogaroh abahditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abahlebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah2005.Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak makberjalan.Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.Pastu...abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abahdan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payahambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat officejer.Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kadpengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat ataumengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abahmasa tu.

Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mataBadan tidak bergoyang walau seinci.
Abah cuma nak baring.Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali.... naik van jenazah,pertama kali.... buat sijil kematian,Pertama kali.... tak tidur 2 hari,
Pertama kali... asyik menangis,
Pertama kali.... menimbus kubur,Pertama kali.... menjirus air mawar,semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.

Ciuman ini adalahciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dahbesar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam..aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abahAbah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikandilakukannya.Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepadaabah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... denganabah saya hormat dan memendam kasih saya.....

Lainnya pula denganemak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha.Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bilaaku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satriahijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya.Sekali tujam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abahcatatberkenaan anaknya.Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok.dll.......Abah catat Kak Se keguguran... ..Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semuabila baca dairi tue....Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu jugadengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaananak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup slalu cakappasal anaknye.Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada anak macam korang".Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku slalu fikir...aku...bukan anak yang baik.Abah memang suka tulis.

Kalau fail atau dokumen pasal kereta,rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku notakuliah subuh abah yang terbaru.....catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingatkubur"abah gariskan perkataan ingat kubur....dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untukmeninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan apineraka.Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidursama.

Kini semuanya tiada.YaALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpaAbah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasiabah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yangbaru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakanuntuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masihtak cukup tanah.""abah kamu wajahnya tersenyum saja walau pun dah meninggal""Abah kamu waktu dimandikan dah bersih... kotor najis pun takder"...perkara itulah menyedapkan hati kami....untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari.Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turutmenangis...."Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampungwalau kerja apa sekali pun....

YaAllah...sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....

Talkin buat abah masih segar..."Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamubahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"dan,kita yang hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya. ...suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerjasetelah terlupa dgn nikmat Allah..

Mak juga seorang yang solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diritakut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang.

Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....

Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan...

Selasa, Januari 20, 2009

Israel soldiers passing out candy to the kids ..

Making sure they get to school.

Helping Ladies across the street..

Providing childcare


Isnin, Januari 19, 2009

AWAS !!!

Sekarang Kristian sedang aktif di SEREMBAN & SELANGOR.
Kian PESAT ke negeri LAIN.
1900 orang PADERI MELAYU yang baru tiba dari Singapora berada di area sini.

Selain itu,
BERHATI-HATI dengan AIR MINERAL :
1) AL-BARAMKAH
2) AL-MAN

BERJAGA-JAGALAH...

Khamis, Januari 15, 2009

Sampaikan...

Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh umat Islam membaca :

SURAH AL-FATH (AYAT 26 & 27)
SURAH YUNUS (AYAT 85 - 88)

serta berdoa dengan :

DOA QUNUT NAZILAH

dan apa-apa munajat kepada ALLAH yang lain dan dihadiahkan kepada saudara kita di PALESTIN khususnya.

Semoga Islam terbela dan Yahudi-Zionis hancur sehancurnya.

AMIN.

Isnin, Januari 05, 2009


Khamis, Januari 01, 2009

URGENT !!!

URGENT !!!
One of the companies hardest hit by the boycott is McDonalds. McDonalds is a "major corporate partner" of the Jewish United Fund. In its own words, the Jewish United Fund "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel ; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel ." Also, McDonalds chairman and CEO Jack M. Greenberg is a honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry.
Note : McDonalds has 80 restaurants in Israel , providing employment to 3000 Israelis.
McDonalds has just announced it is closing down its operation in the middle east due to loss of revenue as a direct result of the boycott (Oct 2002), and is replacing Greenberg as its chairman and CEO (Dec 2002). Since the launch of the boycott campaign, two of Jordan 's six McDonald's franchises have closed due to lack of business. In Egypt , McDonald's decided to change its brand name to Manfoods this past March, in an attempt to dodge the boycott. It had no effect and Egyptian police forces were ordered to guard the entrances to McDonald's restaurants, after stone throwing incidents took place. A total of 175 restaurants will be closed at a loss of $350 million. In the face of giants like McDonalds crumbling under the pressure of the boycott, smaller companies are weary of supporting Israel and are steering clear in fear of being boycotted.
Amidst calls for a boycott of Amazon.com, the internet bookstore Amazon.com terminated its association with the Jerusalem Post (Nov 2002). It was revealed that the Jerusalem Post was donating its slice of the profits derived from the amazon.com partnership to Israeli soldiers returning home after committing massacres and other abuses of human rights on the occupied territories.
Their advert, which appeared on most of their pages, read "Buy Amazon.com & Support Israel ". Inundated with complaints, amazon.com severed its ties to the Jerusalem Post, demanding they remove all the adverts and vowed not to hand over any more profits.
Other companies, disgusted by Israel 's treatment of the Palestinians have themselves actively joined the boycott.
In May 2002 a US auto part export company refused to do business with Israel .
In a reply to a purchase order from Israel , John Harris, representing Texas Automotive Export wrote: "We must inform you that Texas Export will not do business with Israeli citizens at this time. We urge you to rein in your military and stop your oppression of the Palestinian people," the letter said. "Your country has lost the respect of the civilised world," it concluded. The success of the boycott has so worried the US government and Israel, both afraid that companies will abandon Israel, that just last week the US threatened to fine US companies that take part in the boycott.
The Department of Commerce has already issued more than $26m in fines and turned down export licenses to those companies found supporting the boycott - so much for democracy and a right to choose who to do business with!

Rabu, November 26, 2008

BARU

Pesanan Dari Sahabat Untuk Sahabat
(26-11-2008)
Peringatan Raya Daripada Maxis
(07-10-2008)

Ada Apa Dengan Tarikh Lahir
(07-10-2008)
DOA
(23-09-1008)

Pesanan Dari Saudara Untuk Saudara

Bagi tiap-tiap seorang itu ada malaikat penjaganya
(yang) silih berganti dari hadapan dan belakangnya
yang mengawas dan menjaganya
(daripada sesuatu bahaya)
dengan perintah Allah.
____________________

Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan
apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan sesuatu kaum
(dengan) bala bencana
(disebabkan kasih kepada kaum tersebut)
maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan
apa yang telah ditetapkan-Nya itu
Dan
Tiada sesiapa yang dapat menolong dan melindungi mereka
selain dari-Nya
_____________________

Marilah kita mencari hidayah dan kasih sayang-Nya
(untuk) jaminan kita di akhirat kelak.

Selasa, Oktober 07, 2008

Ada Apa Dengan Tarikh Lahir?

Bila bercakap tentang tarikh lahir, pasti ramai akan merasa gembira.
Apakan tidak.
Pasti ada orang akan mengucap

"Selamat Hari Lahir"
"Selamat Hari Jadi!"
"Happy Birthday to You..."
"Semoga Panjang Umur..."
"Moga Tuhan Murahkan Rezeki."
"Ha! Dah tua setahun pun kamu!"
"Ini Hadiah Hari Jadi special untuk Kamu."

Dan banyak lagi la...

Tapi...
Cuba tanya diri sendiri dulu.

Pertama
Masa mula-mula buka mata di pagi hari apa yang sudah dibuat?
Baik atau buruk?

Kedua
Lepas bangun tu, apa yang akan dilakukan?
Kebaikan atau keburukan?

Ketiga
Ketika sedang menjamu selera.
Apa yang sedang dimakan?
Halal atau haram atau syubhah?

Keempat
Melangkah ke tempat yang ingin ditunaikan urusan.
Apa yang sedang dilakukan?
Perbuatan mahmudah atau mazmumah?

Kelima
Ketika disapa kawan.
Apa yang akan ditutur?
Umpat atau maki hamun atau keji atau kebaikan?

Keenam
Sedang melakukan kewajipan harian.
Adakah dalam keadaan khusyuk atau was-was atau lalai?

Ketujuh
Sepasang tangan menghulurkan hadiah atau ganjaran.
Perlukah ia diambil atau diambil atas niat apa atau apa ucapan yang bakal dikatakan nanti?

Kelapan
Ketika bersantai rehat.
Apa yang dimenung dan ditenung?
Bermeditasi atau bersenam atau sekadar membuang masa?

Kesembilan
Semua urusan harian ingin ditinggalkan.
Apa yang sedang bermain di fikiran / hati?
Adakah semua kewajipan sudah ditunaikan?

Kesepuluh
Sebelum mata kembali dipejamkan.
Apa yang ingin dilakukan?
Berdoakah atau tidak melakukan sesuatu apa pun atau bermuhasabah?

Namun, apa sahaja yang tercatit di sini hanyalah sebahagian peringatan yang semestinya dilakukan.

Kenapa semua ini perlu diingatkan pada tarikh hari lahir?

Kerana ini hari permulaan anda.
Kerana usia telah bertambah setahun.
Kerana fikiran pasti sudah meningkat matang.
Kerana pengalam semakin bertambah.
Kerana Anda Mampu Mengubahnya...

Peringatan Raya Daripada MAXIS

Berhati-hati apabila menikmati juadah yang enak dan lazat sepanjang musim perayaan ini.

Kesihatan anda adalah lebih utama.

Kurangkan makanan yang berlemak dan bergula '







Pesanan Ini Dibawa Oleh:


Isnin, Oktober 06, 2008

Raya-raya ni,
ramai yang hantar mesej raya yang power2.

siap ada yang berpantun, bersajak, mungkin berqasidah pun ada dan lain2.

terima kasih kepada semua yang menghantar...

ini antaranya :-

kian berlabuh tirai ramadhan,
lambaian syawal kian dinanti,
ikhlas hati pohon kemaafan,
semoga segala silap dapat dimaafi.


(pantun cina)

hali laya sula mali,
baju laya satu loli,
satu tawun satu kali,
wa mikin silap wa vely soli.

Jumaat, September 26, 2008

Raya Menjalang, Ramadhan Ditangisi



Salam Lebaran...


Maaf Zahir Dan Batin

Selasa, September 23, 2008

DOA

Diaktifkan oleh Maxis

Ya Allah,
1)
Berilah rezeki dan ganjaran Lailatul Qadar kepadaku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah,
makbulkan permintaanku,
maafkan ku dan hapuskan dosaku
2)
Ya Allah.
Bukakan bagiku pintu-pintu syurga
dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka.
Berilah kemampuan bagiku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran
(sebagai ibadat di bulan mulian ini)
3)
Ya Allah.
Sedarkan aku untuk mencari keberkatan.
Terangkan hatiku dan bimbinglah aku
serta anggota (tubuh badan) ku
untuk mengikuti segala ajaran-Mu
dengan (lingkungan) cahaya-Mu
Amin
Ya Rabbal 'Alamin.


Khamis, September 04, 2008

Madah


Apabila seseorang itu banyak mengadu kepada manusia, maka sedikitlah pengaduaannya kepada ALLAH.


Lantaran telah dilepaskan kekecewaan dan pengaduannya kepada manusia, maka di manakah ALLAH dalam hatinya?


Semakin banyak pengaduan, masalah dan kekecewaan yang ingin dikongsi bersama ALLAh, maka makin banyaklah masa akan diperuntukkan bersama ALLAH.


Inilah antara punca orang-orang yang beriman bangun di tengah malam kerana pengaduannya yang hakiki sebetulnya untuk ALLAH...


Maka, sama-samalah kita pertingkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada ALLAH...

Selasa, September 02, 2008


Bulan puasa sudah tiba...




bersyukur atas kesempatan ini...




sama-sama kita imarahkannya...

Rabu, Ogos 20, 2008

Puasa bakal menjelang

bulan puasa aemakin datang menjengah...

jadi, boleh-bolehlah kita cuba-cuba puasa sunat...

untuk praktis bila puasa nanti

Selasa, Ogos 19, 2008

Nisfu syaaban

Selamat Mengimarah Nisfu Syaaban...

Moga segala amalan diterima ALLAH dalam keadaan yang baik dan sempurna...
Amin...

Selasa, Ogos 05, 2008

Kenapa?...

setiap pertemuan adalah untuk mencapai kesamaan
tetapi mengapa pula pertemuan di peringkat bahagian dan cawangan sering panas...
dah nak tergugat ke?...
atau takut tergugat?...

Rabu, Jun 04, 2008

Kata Berhikmah

Bila hati berjuang kerana Allah,
dugaan itu tempat bersinggah,
dan,
keperitan ditelan sebagai juadah,
moga,
kejayaan dianggap mimpi indah yang termakbul...

Sabtu, Mei 31, 2008

Kata-kata Imam Syahid Al-Banna

KEWAJIPAN YANG PERLU KAMU LAKUKAN ADALAH LEBIH BANYAK DARIPADA MASA YANG ADA

JADI, JANGAN PAKSAKAN HARI ESOK HADIR SEKARANG
KERANA IA BELUM NYATA DAN PASTI TIBA

oLEH ITU, MANFAATKANLAH HARI INI DENGAN SEBAIKNYA

AWAS! BERJAGA-JAGA

Ini mesej daripada orang yang terdekat.

Tolong sebarkan kepada semua!

jika mahu membeli al-Quran dalam edisi baru,
berhati-hatilah
kerana terdapat 4 surah palsu ciptaan kafir 'laknatullah'

Surah2 itu ialah:
- AL-IMAN
- AL-WASAYA
- AL-TAJASUD
- AL-MUSLIMUN

dan juga
selidik dan sebaiknya jangan layari laman web

http://www.thequran.com (father zakaria)

kerana isi yang terdapat di dalamnya adalah palsu...

Khamis, Mei 15, 2008

Madah Berhemah

Dalam jauh sebuah perjalanan,
Allah amanahkan sebuah perjuangan,
terimalah dengan kekuatan,

walau kadang-kadang
sakit yang mendatang,
teman tak sehaluan,
cemerlang gagal ditawan,

Namun,
itulah yang dinamakan ujian...

Selasa, Mei 13, 2008

Ya Rasul Allah Sollallahhu'alaihiwasallam


Ya Rasulullah,

your courage is our pride,

your words are our guide,

your acts granted us with light,

your sacrifices lead us forwards,

and


you live in our heart and soul 'abadan abada'

Lawak Selepas Pilihan Raya

(semua ini hanya gurauan)


Dengar bisik2 kawan, Sammy Velu dikatakan berhajat untuk menjadi sami.
(eloklah tu. dekatlah diri dengan tuhan adalah lebih baik)

Khir Toyol pula dengar khabar cuba2 untuk membuka kedai pameran toyol
(ha!... jangan2. bimbang ada unsur khurafat pula. tapi tak tahu la beliau tahu tak apa itu khurafat)

Shahrizat Abdul Jalil pula mungkin mendapat tender terbuka untuk menjadi pencuci atau tukang sapu di Stadium Bukit Jalil.
(Alhamdulillah, tukang sapu adalah satu kerja halal. kalau kerja sebelum ini ada unsur syubhah, lebih baik jadi tukang sapu.)

Zainuddin Maidin pula baru bercadang untuk menjadi penjaga kauter atau setidak-tidaknya menjadi jaga di Pasaraya Mydin
(Juga kerja yang bagus)

Dan yang satu ni tak tahu nak kata apa.
Awang Adek tiba2 orang kata menjadi orang alim- asyik bawa tasbih sambil meratip entah berapa kali "mb mb mb mb..."
(jangan jadi Ayah Pin dan yang seangkatan dengannya sudah)

He He He...

Jumaat, Mac 21, 2008

Don't Take It!...

DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE ( ESP.PPL HAVE GASTRIC).


For Your Information. .. One real story from a guy...


My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient.
And he knows some of the doctor quite well.
The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL.
In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.
This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver.
According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years.
And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time.
She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.
As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain.
As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that
we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2
(simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).


Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.
Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.


As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).
We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth.
Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol ..
If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??
Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again.

Please send this to people you care about.




P/S:
berdasarkan email yang saya dapat... Ambil sebagai pengajaran... The truth is out there, it's up to you to find the truth, right.

From:
Siti Ainul Basyirah bt Ab. Ghani EDU/ESS/PED ext 1151

Sabtu, Mac 01, 2008

Fitnah Filem Fitna

Sememangnya nama filem Fitna.
Semuanya FITNAH!...

Filem yang hina al-Quran, hina Islam.

Apa yang perlu kita, umat ISLAM perlu lakukan..

Cara termudah ialah dengan boikot..

Produk Belanda:
- dutchlady
- ferero roche
- Planta
- Lady's Choice
- Lipton
- Shell
- Knorr
- Dove
- Sunlight
- Radiant
- Rexona
- Ponds
- Donone
- Slimfast
- Lego
- Philips
- Duyvis
- Kinderbueno
- Dumex
- Unileveel
- Nutricia
- Sunsilk
- Fair & Lovely
- Lux
- Dorina
- Clear
- Breeze
- Sun
- Surf
- Ono
- Ariel
- Labello

Banyak ni...
Namun semua terletak pada diri individu itu untuk bertindak...

Nak seribu jalan, tak nak seribu dalih

.:: Cermin Diri ::.

1.
Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.
Ketawa (berlebihan) itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.
2.
Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3.
Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 4.
Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5.
Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahannya.
6.
Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7.
Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8.
Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9.
Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hak-NYA pula.
10.
Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


"Renung-renungkan dan selamat beramal"

Selasa, Februari 26, 2008

Pemenang Sajak Mingguan di Radio IKIM.fm

Tajuk; Realiti Umat-Nya Kini


Helaian akhbar baru kuselak kini
Paparan di dadanya terus
Dan terus kubaca
Semakin sedih hati kecil ini
Semakin sayu dibelai perasaan
Dan
Semakin renyuk rasa yang terasa
Seakan terhempas kaca
Nan ketulan keras batu konkrik
Terus terlepas helaian itu
Kerna tak tersanggup hati ini
Membaca realiti kini

Terus
Tidak dapat tertahan deraian mutiara
Tercucur juga berderai di pipi ini
Kenapa dan mengapa?
Kita terus dibelenggu jahil
Tetap terus bertumpah darah
Bukan di medan fi sabillillah
Tapi di medan jahilliah moden

Mengapa kita bunuh membunuh
Fitnah menfitnah
Hingga hancur menghancur
Bukan ia kepada sang penjahat zalim
Tapi saudara seagama kita
Bagaimana dan apakah perasaan
Yang membunuh saudara kita?
Kerana kita jugalah yang menghancurkannya
Umala’ serta umarak
Bahkan tak ketingglan anak kecil
Pewaris Islam mendatang
Serta
Kita jualah yang meruntuhnya
Masjid tempat ibadah kita
Mengebom hancur luluh rumah suci
Tempat menghadap Ilahi Yang Esa
Mengapa?
Bagaimana?
Dan kenapa?
Aku yang bingun terus tertanya
Hingga kini tiada jawapan terluah

Hasil Ilham
TENGKU ADHAM, KOTA BHARU, KELANTAN.

Khamis, Februari 14, 2008

DOA

Doa Selamat Dari Perasaan Dengki

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hasyr: 10).

Penjelasan: Dalam Al-Quran dikisahkan, bahawa doa di atas dibaca oleh orang-orang beriman yang mengikuti perjuangan salaf as-Shalih dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka memohon agar tetap melanjutkan serta meneladani kesalihan, semangat jihad dan kesucian hati mereka.



Doa Memohon Ampun Untuk Ibu Bapa

"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."



Doa Ketika Bermimpi Yang Tidak Baik

Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk "(HR. Ibn as-Sani)



Doa Memohon Kesembuhan

"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS. 21:83)



Doa Kelapangan Hati

"Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thâha: 27)

Penjelasan: Al-Quran mengisahkan, bahawa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika mendapat perintah dari Allah Swt. agar menyampaikan risalah kepada Fir'aun. Dan akhirnya Allah Swt. mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s.



Doa Memohon Perlindungan Dari Banyak Hutang

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."

Penjelasan: Rasulullah S.A.W berasa hiba mendengar rintihan Abu Umamah yg hidup dalam kemiskinan dan banyak hutang, lalu berkata " "Mahukah kamu kuberikan beberapa kalimat dan mulakan dengan baik kepada setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kegelisahan dan memberi kelonggaran kepadamu" Kemudian Rasulullah S.A.W membaca kalimat doa di atas dan diamalkan oleh Abu Humamah.



Doa Selepas Solat Fardu

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut, Tiada tuhan melainkan Allah, tuhan ‘arash yang mulia, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, aku bermohon berilah ketetapan rahmatMu, ketetapan pengampunanMu, aku bermohon habuan segala kebaikan, kesejahteraan dan segala dosa. Ya Allah, jangan biarkan dosaku melainkan Engkau ampuninya, jangan biarkan kepayahanku melainkan Engkau lapangkan, jangan biarkan sakitku melainkan Engkau sembuhkan, jangan Kau biarkan keaiban melainkan Engkau tutupinya, jangan biarkan rezeki melainkan Engkau luaskannya, jangan Engkau biarkan ketakutan melainkan Engkau amankannya, jangan Engkau biarkan keburukan melainkan Engkau hilangkannya, jangan Engkau biarkan hajat yang Engkau redhainya dan ada kebaikan untukku melainkan Engkau tunaikannya, wahai Yang Maha Pengasih, perkenankanlah wahai tuhan sekelian alam.”



Doa Penerang Hati

"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku"



Doa Untuk Mempelai

Baarakallaahu laka, wa baaraka 'alaika, wa jama'a bainakumaa fii khairin.
"Semoga Allah memberikan restu kepadamu dan semoga kamu berdua hidup rukun dan bahagia"



Doa Memohon Agar Sentiasa Bersyukur

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". ( Surah Al Ahqaaf ayat 15.)



Doa Ketetapan Iman

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya (Surah Al Imran ayat 8)



Doa Dilindungi Dari Keaiban Diri

Rasulullah (SAW) bersabda, “Barangsiapa yang menghendaki Allah tidak membongkar keburukan amalannya di hari kiamat dan tidak membuka kesalahannya, hendaklah ia berdoa setiap kali selepas sembahyang,

“Ya Allah, sesungguhnya pengampunanMu lebih aku harapkan daripada amalanku, sesungguhnya rahmatMu lebih luas dan dosaku. Ya Allah sekiranya dosaku besar di sisiMu maka pengampunanMu lebih besar dan dosaku. Ya Allah sekiranya aku tidak layak untuk mencapai rahmatMu maka rahmatMu layak untuk sampai kepadaku dan melapangkan aku kerana ia meliputi segala sesuatu dengan rahmatMu wahai Yang Maha Pengasih.”
Ruqayyah Jibril



Doa Menuntut Rezeki

“Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mengetahui tempat rezeki. Aku menuntutnya dengan lintasan hatiku maka aku merantau ke seluruh negeri untuk mencari dan ketika aku mencarinya aku berada di dalam kehairanan. Aku tidak tahu adakah dia ada di tanah lapang atau di gunung sama ada di bumi atau di langit, di daratan atau di lautan. Di tangan siapakah dan dan siapakah. Aku tahu sesungguhnya pengetahuan itu hanya di sisimu dan sebab-sebab ada di tanganMu. Engkaulah yang membahagikannya dengan kelembutanMu dan rahmatMu menjadi penyebabnya. Ya Allah berselawatlah ke atas Muhammad dan keluarganya. Jadikanlah rezekiku luas, mudah menuntutnya, dekat tempat ambilannya. Jangan Engkau beratkan aku menuntut rezeki yang aku tidak mampu mendapatkannya. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya untuk menghindari kesukaranku. Aku amat faqir terhadap rahmatMu. Selawatlah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Limpahilah kurniaMu kepada hambaMu dengan kelebihanMu. Sesungguhnya Engkau mempunyai kelebihan yang agung.”



Doa Memohon Perlindungan Dari Ilmu Yang Tak Bermanfaat

"Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Dan dari hati yang tidak kusyuk.Dan dari doa yang tidak diendahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya.Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari syak wasangka dan dari kemusyrikan dan dari munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti.
Doa Minta Dipertemukan Dengan Yang Dinanti

PERGANTUNGAN DALAM HIDUP

Ertinya:
Wahai Tuhan kami, janganlah engkau cabut iman kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami dan berilah kami rahmat yang ada di sisi-Mu sesungguhnya Engkau sangat banyak memberi.

Ertinya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan jauhkan kami daripada azab api neraka. Allah memberi rahmat kepada penghulu kami Muhammad dan ke atas ahlinya dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah tuhan seru semua alam.

Ertinya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.

Ertinya:
Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.

Ertinya :
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.

Selasa, Januari 01, 2008

BATU TERLEPAS DARI NERAKA

Pada zaman dahulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan.
Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui pecahan batu itu.
Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata.
"Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!"
Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.
Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu.
Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka.
"Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"


MORAL & IKTIBAR


Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan.
Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia.
Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah.
Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat.
Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan.
Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi.
Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah.
Batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa pula dengan manusia yang diberikan akal.
Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah.
Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

Isnin, Disember 17, 2007

MUSIM KAHWIN

Allah berfirman dalam Surah Al-Furqan ayat 74 maknanya,
"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Seterusnya surah yang sama, ayat 75,
" Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."

-Surah yang pertama itu boleh dijadikan doa yang bagus supaya jodoh yang telah Dia tetapkan itu akan membawa ke syurga.-

Ahad, Disember 09, 2007

Merbahaya Dalan Senyap

BHATI2...BELI BUAH-BUAHAN YANG TELAH SIAP DI POTONG

>Good to know. >

>A 10 year old boy, had eaten pineapple about 15 days back, and fell sick, from the day he had eaten. Later when he had his health check done...

>doctors diagnosed that he had AIDS. His parents couldn't believe it... >Then the entire family under went a check-up... none of them suffered from AIDS.

>So the doctors checked again with the boy if he had eaten out...The boy >said "yes". He had pineapple that evening. Immediately a group from

> Malaya Hospital went to the pineapple vendor to check. They found the >pineapple seller had a cut on his finger while cutting the pineapple,

>his blood had spread into the fruit. When they had his blood >checked...the guy was suffering from AIDS..... but he himself was NOT aware.

Unfortunately the boy is suffering from it now. Please take care

>while you eat on the road side.

Please pass this mail to your dear one.


-From-

> MOHD IZDWAN BIN HOUSSAINI
>Pembantu Tadbir Kewangan W17
>Bahagian Kewangan Penyelidikan
>Jabatan Bendahari
>Universiti Kebangsaan Malaysia
>Faksimili : 03-89214503